Kerjaya Kriesha Chu

2017: K-pop Star 6: The Last Chance dan single sulung

Chu menghadiri K-pop Star 6: The Last Chance. Beliau tersingkir di episod ke-7[2] namun kembali sebagai peserta wild card.[3] Beliau kemudian menjadi ahli kumpulan KWINs, yang terdiri dari Kim So-hee dan Kim Hye-rim, setelah menjadi juara kedua pada pertandingan itu.[4]

Selepas K-Pop Star 6 tamat, Kriesha melancarkan album singlenya pada 24 Mei 2017.[5]

2018–kini: Dream of Paradise dan penampilan runut bunyi

Kriesha melancarkan EP pertamanya, Dream of Paradise, yang juga memuatkan lagu "Like Paradise". Single utama digubah oleh tim Hui dan Flow Blow. "Sunset Dream" digubah oleh Denis Seo, Sophia Pae dan Chu sendiri. Beliau juga menyumbang sebagai penulis lirik versi bahasa Korea dan Inggeris. "Falling Star" merupakan projek kolaborasi antara Chu dan Kim Min-joo, kini menjadi ahli latihan UrbanWorks Entertainment. Projek ini menjadi sorotan awal antara Kriesha dengan ahli latihan lain dan diberi judul Project Diary.

Pada 24 Januari 2020, beliau muncul dalam muzik video "Count to Three Like a Habit" oleh KCM.[6] Chu membintangi siri web Live with a Ghost.[7] Beliau berhasrat ingin mengembangkan kerjayanya di China.[8]

Rujukan

WikiPedia: Kriesha Chu http://www.arirang.com/Tv2/TVCommon_NoStaff_Archiv... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20170525000... http://www.sedaily.com/NewsView/1YXPXXBHDY/GL0301 http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://www.kookje.co.kr/news2011/asp/newsbody.asp?... http://www.koreatimes.co.kr/www/art/2020/06/732_28... http://www.thegames.co.kr/news/articleView.html?id... http://krieshachu.urbanworks.co.kr